Wednesday, February 15, 2006

Pemandu Teksi

RUJUKAN : Tata-Tertib Teksi yang Memalukan


Kepada pemandu-pemandu teksi yang berkenaan,


Berdasar pada rujukan diatas, saya selaku pengguna jalan raya setiap hari selalu berdepan dengan pemandu teksi yang mungkin menghadapi masalah dengan cara pemanduan mereka. Antara kejadian-kejadian yang pernah saya alami:


1. Pemandu teksi yang mengambil penumpang di sebarang tempat sesuka hati bagai datuknya yang bina.
- Kalau dibuat demikian, kenapa bazir wang rakyat bina perhentian teksi supaya penumpang boleh guna dengan betul, tidak merbahayakan nyawa pengguna jalan raya lain, serta tidak menyesakkan lalu lintas negara yang semakin sesak setiap hari. Hari itu, tarikh 15th Februari 2006, sebuah teksi mengambil penumpang di satu jalan raya dan menyebabkan kesesakkan lalu lintas di depan Millenium Court. Bukankah depan sikit ada perhentian teksi. Adakah penumpang atau pemandu teksi buta ka? Syarat dan hukum pemanduan teksi masih tidak jelas. Kalau semua teksi berbuat demikian, runtuhkanlah semua perhentian teksi. Buat apa adakan perhentian teksi? Untuk keseronokan semua orang ka?


2. Pemandu teksi yang tidak menghiraukan lampu isyarat dan keselamatan pengguna jalan raya bagai datuknya yang beri.
- Buat apa kalau ada lampu isyarat di jalan raya dan pemandu teksi tidak mematuhinya. Ini juga membazirkan wang rakyat. Pemandu teksi bukan saja tidak mematuhi undang-undang jalan raya tetapi juga mengugat keselamatan pengguna jalan raya lain. Hari itu, tarik 14th Februari 2006, sebuah teksi berhenti di tengah-tengah jalan berkembar. Saya tidak dapat mentafsirkan kelakuan teksi tersebut. Sama ada dia nak ke kanan atau ke kiri ka saya tidak tahu. Tetapi perbuatan yang lama itu telah menyebabkan banyak kereta dibelakang saya bunyikan hon. Jadi saya terpaksa menyuarakan hon kereta saya. Lalu dia gerak ke kanan. Jadi saya meneruskan perjalanan. Bukan setakat itu saja. Selepas 0.3 km, saya berhenti di satu lampu isyarat dengan satu kereta disebelah. kemudian datang teksi itu, dia menyalakan lampu isyarat ingin belok ke kanan dan hon kereta sebelah saya. Pemandu itu selaku orang yang baik mengikuti lampu isyarat jalan raya hanya buat tidak tahu saja kerana lampu isyarat masih merah. Jadi, teksi itu menyalakan lampu isyarat ingin belok ke kiri dan hon saya. Saya juga lantak dia. "Apa lu mau, gua buta ka? Tak nampak ka depan sedang merah?" saya cakap dalam hati. Tapi, pemandu teksi itu masih ingin lalu, dia buat satu pusing dan potong kita dan langgar lampu isyarat merah itu. Sewaktu dia berbuat demikian, dia memaki saya. Jadi, saya terus menunjukkan isyarat antarabangsa bagi dia. Inilah sikap-sikap pemandu teksi.


Diharap pemandu-pemandu teksi yang bertauliah hormatilah undang undang jalan raya dan jagalah tata-tertib anda.


Sekian Terima Kasih.


Nota: Kalau anda seorang pemandu teksi yang bertauliah nasihatilah pemandu-pemandu lain agar masyarakat dapat memenuhi wawasan kita sebagai rakyat Malaysia.


adakah keupayaan manusia terhad... tidak

No comments: